WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (35606) ORDER BY meta_id ASC

Lelaki berbaju kurung rompak kedai runcit » The Capital Post

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (4231) ORDER BY meta_id ASC

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wphi_postmeta`

Lelaki berbaju kurung rompak kedai runcit

Estimate Reading Time: < 1 minute

PADAWAN: Polis sedang memburu seorang lelaki yang menyamar dengan memakai baju kurung ketika merompak sebuah kedai runcit di sini.

-Advertisement-

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 20 tahun, yang juga pekerja premis berkenaan pada 22 Mei lalu.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima kejadian berlaku pada 22 Mei lalu ketika pengadu bersama rakan sekerjanya sedang bekerja.

“Suspek lelaki berpakaian wanita dan membawa pisau meluru masuk ke premis itu lalu merampas mesin juruwang dan terus melarikan diri.

“Pihak polis juga mengesan video kejadian itu yang tular di dalam sosial jam 11.39 malam tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abang Zainal berkata, siasatan awal mendapati terdapat dua suspek terbabit dalam kejadian itu dengan seorang lagi menunggu di luar menggunakan sebuah motosikal.

-Advertisement-

“Kedua-dua dipercayai orang tempatan berdasarkan dialek pertuturan mereka.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di talian 082-862233.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

– Berita Harian

WordPress database error: [Table './capitalp_wp947/wphi_postmeta' is marked as crashed and should be repaired]
SELECT post_id, meta_key, meta_value FROM wphi_postmeta WHERE post_id IN (39383,39372,39368,39365) ORDER BY meta_id ASC